Janda muda beranak tiga itu dikatakan sanggup mengambil jalan sihir bagi memisahkan suami dengan bekas isteri dan anak-anaknya.
Video berdurasi 3 minit yang viral di laman sosial itu menunjukkan #seorang lelaki sanggup menyimbah air dan mengusir anak-anaknya yang berada di luar pagar.
Difahamkan, 4 beradik berkenaan #berjumpa ayahnya untuk untuk meminta diwalikan namun disimbah air sebanyak tiga kali.
Menurut individu yang memuatnaik video itu, lelaki itu merupakan merupakan seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di #SMK Sanglang, Perlis.
"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan bini muda, pertalian dengan anak hilang. Si #bapa bagaikan dikawal oleh isteri muda. Semoga Allah memberikan balasan kepada bini muda yang memutuskan pertalian darah daging," katanya.
Anak saudara lelaki itu, Adam Haziq juga tampil #menceritakan kisahnya. Menurutnya, Ayah kepada saudaranya telah berkahwin dengan bini muda dan apa yang berlaku, ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga diabaikan. Walaupun begitu, anak-anaknya selalu merinduinya.
Anak-anaknya itu pergi ke rumah lama ayahnya untuk #bertemu dengan ayahnya. Namun, mereka disambut dengan simbahan air baldi oleh ayahnya, isteri muda dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu ayahnya sambil membaca rukyah dan sehinga azan berkumandang.
Tiba-tiba, keluar perkataan "Lada Ayah" di dinding #rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayahnya bersama isteri mudanya. Anak saudaranya itu juga pelik dan mempersoalkan kejadian pelik itu. Lada Ayah? Mereka meminta siapa-siapa yang pakar dalam bidang sihir dan mistik untuk menghubungi mereka mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk menghadapi situasi misteri sebegini.
Menurut komen di laman sosial, Lada Ayah yang dimaksudkan merupakan
Monday, November 30, 2015
Cerita Sebenar Bapa Simbah Air kepada Anak dan apa yang dimaksudkan "Lada Ayah"
Posted By:
Unknown
on 11:28 PM
UPDATE!!! Gambar sekitar Pengebumian Arwah Yus Jambu yang sangat memilukan semua ... Al-Fatihah
Posted By:
Unknown
on 11:08 PM
Yus Jambu dikebumikan di #tanah perkuburan kampungnya sendiri. #Ramai yang sebak atas pemergian arwah.
Jenazah telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan selepas #Zuhur di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu #Pahat, Kangar, Perlis.
Berikut merupakan gambar terakhir dan perjalanan terakhir #Yus Jambu di dunia ini.
Perjalanan akhir Yusri edoo (pak yus jambu). semoga tenang di #sana. Al-Fatihah.
Tatapan untuk kali terakhir buat peminat pakyus jambu semoga Allah merahmati #roh mu. Doa kan arwah. Al-fatihah.
(VIDEO) Seorang Model di beri satu anugerah yang tidak dapat dilupakan selamanya oleh seorang penonton
Posted By:
Unknown
on 10:17 PM
India – #Seorang model, Gauhar Khan terpinga-pinga selepas dia ditampar oleh salah seorang penonton dalam satu rancangan yang disiarkan secara langsung di televisyen. Penonton berkenaan Akil Malik, 24, berbuat #demikian kerana marahkan model itu yang berpakaian terlalu mendedahkan aurat. Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan naik ke pentas lalu menampar muka Gauhar yang ketika itu sedang menyampaikan satu #anugerah
TONTON VEDIO SINI
Kisah Benar !!! Pengalaman Misteri yang dilalui seorang pesakit koma yang pasti mengejutkan semua
Posted By:
Unknown
on 10:15 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. #Hari ni kami nak share satu kisah pengalaman misteri seorang lelaki sepanjang beliau koma.
Memang misteri kisah ni. Jom sama-sama kita baca. Wallahua’lam..
TIDAK berapa lama dulu, seorang rakan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.
Beliau koma beberapa hari tetapi pembedahan berjaya dilakukan. Dia kembali sihat, cuma ada kesan parut di dada. Namun, misteri masih timbul dan sehingga sekarang sukar dijawab mengenai ‘kehadiran’ orang yang sudah lama meninggal dunia di sisinya ketika koma.
“Bayangkan, sepanjang tempoh saya berada #dalam keadaan koma, saya ‘dijaga’ oleh arwah ayah yang duduk di sebelah katil saya. Kalangan ‘pelawat’ yang datang pula terdiri daripada anggota keluarga saya yang semuanya sudah meninggal dunia,” ceritanya.
Beliau tidak pasti sama ada ia satu mimpi, mainan dalam kepala atau itulah berlaku pada seseorang yang berada dalam keadaan ‘antara hidup dan mati’ – koma. Hatta, hanya orang yang duduk dalam alam roh saja boleh bertemu roh (orang yang sudah meninggal dunia).
Sambungnya lagi: “Apabila saya mengerang kesakitan, #arwah bapa saya akan mengurut belakang saya, sambil memberi kata-kata semangat berbunyi: ‘Tak apa, ayah ada untuk bantu’, ‘sabar, lepas ini baiklah tu’. Akhirnya, arwah bapa mengajak saya mengikutnya pulang.” Menurut rakan itu lagi, beberapa minggu selepas keluar dari IJN, beliau balik ke kampungnya dan kebetulan seorang ustaz yang juga pernah menjadi gurunya datang menziarah.
“Ustaz itu tanya, sama ada saya ada mengalami #sesuatu (macam mimpi) ketika menjalani pembedahan dan dalam keadaan koma. Maka, saya ceritalah pengalaman saya itu tetapi beliau tidak terkejut. Malah kata beliau, jika saya ikut kehendak arwah bapa yang mengajak saya pulang bersamanya, ia bermakna saya akan ‘mengikutnya ke dunia lain’ juga (meninggal dunia). Namun, takdir belum menetapkan ajal saya,” katanya.
Ada yang kata, sebab itu apabila seseorang baru sedar daripada koma atau pengsan, dia akan meracau dan pelbagai kata-kata terkeluar daripada mulut dan sesetengahnya lucu atau tidak masuk akal termasuk menyebut perkara yang bukan-bukan seperti memanggil nama orang yang sudah meninggal dunia. Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 24 jam selesai menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua di IJN, pernah mengeluarkan kata-kata lucu kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
“Selepas sedarkan diri, beliau (Dr Mahathir) sempat #berjenaka dan menanyakan beberapa perkara lucu kepada ibu (Dr Siti Hasmah),” kata anaknya, Mokhzani ketika itu tetapi tidak menjelas lanjut perkara lucu yang dimaksudkan. Ada satu lagi misteri, yang biasanya berlaku dalam masyarakat Melayu ialah seseorang yang akan meninggal dunia, menyebut nama-nama mereka yang sudah lama meninggal dunia.
Biasanya kejadian seumpama ini hanya disedari selepas seseorang itu meninggal dunia. Cerita pula seorang rakan bernama Osman: “Arwah bapa mentua saya, kerap kali menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah lama meninggal dunia. ‘Si anu’ mengajak saya mengikutnya….. Itu berlaku kira-kira enam bulan sebelum dia meninggal dunia.
Ada juga antara kami menganggap kenyataan itu sebagai nyanyuk.” Malah ada juga cerita menyatakan orang yang baru meninggal dunia, masih berupaya untuk mengenali siapa yang datang menziarahi dan begitu juga apabila arwah sudah berada di liang lahad. Bagaimanapun, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), #Zahazan Mohamed ketika diminta pandangannya mengenai pendapat bahawa jenazah (orang sudah mati) boleh melihat mereka yang datang menziarah, berkata al-Qurtubi dalam At-Tazkirah menjelaskan, orang mati nampak orang yang melaluinya. “Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup,” katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Tawbah, ayat 105). Malah katanya, orang yang sudah mati diceritakan berdoa kepada Allah apabila ada di dunia ini yang hendak mati, meminta supaya jangan dicabut dulu nyawa orang itu kerana dia belum sedia hendak mati disebabkan amal yang kurang.
“Roh ini ada tiga keadaan dan satu daripadanya ialah roh berhubung sesama mereka tanpa had, maknanya antara roh sesama roh boleh berhubung. Contoh macam kita mimpi berjumpa roh lain atau pergi ke satu tempat. “Begitu juga apabila kita berjumpa dengan seseorang, rasa macam mudah hendak kenal dan selesa. Maknanya, roh pun buat kajian mengenai orang yang selari dengan dia dan mudah bertolak ansur.
Ini serupa dengan keadaan di mana ada orang yang kita jumpa tetapi tidak boleh ‘ngam’. Orang nak meninggal ini Allah bagi kelebihan. Sebab itu ada yang sedang nazak kita dengar dia sebut nama orang yang sudah meninggal dunia,” jelasnya. Ibn al-Qayyim dalam Kitab ar-Ruh menyatakan: Apabila seseorang menziarah kubur, orang dalam kubur mengenali orang yang datang dan mendengar suara mereka.
Mereka menjadi gembira dan membalas salam orang yang datang. Ini bukan untuk orang yang mati syahid saja, malah untuk semua orang mati dan tidak terhad waktunya. Ada juga pendapat menyatakan bahawa kebiasaannya orang tua akan menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah meninggal dunia, semata-mata kerana sudah nyanyuk, apabila memorinya sudah tidak seimbang.
Penulis teringat tulisan Nuraina Samad dalam blognya Julai tahun lalu mengenai bapanya, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau Pak Samad yang meninggal dunia, Khamis lalu. Nuraina, bekas wartawan New Straits Times (NST) berkata, mereka sekeluarga sudah biasa dengan bapa mereka yang kerap terlupa dan ada ketikanya mereka berasakan yang Pak Samad bagaikan berpura-pura lupa nama dan peristiwa tertentu. “Ada ketikanya, kita rasa hairan dengan sikap bapak.
Bapak bertanya mengenai Kak Eda. ‘Lama Kak Eda tak datang’, kata bapak kepada saya. Saya bagi tahu bapak, Kak Eda dah meninggal dan bapak terkejut dengan menyatakan ‘tiada siapa bagi tahu saya.’ “Saya kata, bapak…. kan bapak dah tahu Kak Eda dah meninggal dunia kerana kanser, cuma bapak tidak ingatnya sekarang, kata saya perlahan. Bapak terdiam agak lama,” kata Nuraina. Kad Eda atau Noraida Samad, 51, meninggal dunia pada 8 Mac tahun lalu kerana kanser.
Kira-kira sebulan sebelum sambutan 50 tahun Berita Harian Julai tahun lalu, penulis menghubungi Nuraina untuk membuat temu bual khas dengan Pak Samad, sempena sambutan itu untuk disiarkan dalam keluaran khas. “Tak ada masalah, tetapi yang jadi masalahnya ialah kadangkala bapak antara sedar dan tak sedar. Ok, macam ini, you e-mel saja semua soalan pada saya.
Apabila bapak berada dalam keadaan sedar, saya sendiri akan bertanya dan catatkan. Bila siap akan e-mel you semula,” kata Nuraina. Ternyata Nuraina tidak menghampakan. Segala coretan dalam kolum ini, adalah sebagai pengajaran akan kebesaran Allah dan betapa dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
Wang berjuta, timbunan harta dan deretan gelaran, semuanya untuk kesenangan dunia yang tidak akan dibawa bersama-sama ke dunia lain, apabila tiba masanya nanti.

Wednesday, November 11, 2015
Nilai Jujur dan amanah oleh En Rahman Arifin dibalas dengan sesuatu yang sangat mengejutkan
Posted By:
Unknown
on 7:28 PM
Sebuah kisah yang asalnya dikongsikan oleh saudara Rahman Ariffin menerusi pautan gambar di Facebooknya amat #menarik perhatian.
Ceritanya begini, baru-baru ini kereta yang dipandu beliau sewaktu hendak mengundur secara tidak sengaja telah terlanggar bumper kereta #Myvi Putih seperti mana gambar yang dikongsikan.
Disebabkan nilai jujur dan tanggungjawabnya, #beliau telah menunggu pemilik kereta terbabit untuk memberikan penjelasan, namun setelah beberapa ketika, pemilik kereta tersebut masih tidak muncul.
Maka beliau meletakkan nombor telefonnya di #wiper kereta berkenaan agar pemilik dapat menghubunginya bagi urusan ganti rugi.
Keesokkannya, apa yang berlaku selepas #pemilik kereta berkenaan ketika menghubunginya pasti membuatkan anda berasa terharu.
Dua minggu lepas, hari khamis, saya #undur kereta dengan cuai dan terhantuk Myvi warna putih; kemek bumper depan dan grill.
Tunggu lebih kurang 15 minit, tak nampak sesiapa #datang. Saya pun tulis satu nota ringkas, selit kat wiper.
Hari Sabtu Encik Myvi Putih telefon. Dia tinggal di area #Jinjang. Saya mintak maaf kerana rosakkan kereta dia: Takpa, encik repair kereta tu, saya bayar kos.
Hari Rabu Encik Myvi Putih talipon lagi. #Kereta dah repair, sikit je, kena 150. Saya kata ok, saya bayar, kita jumpa atau saya bank-in.
Encik Myvi Putih kata, macam ni, dari 150 tu, encik masukkan 50 dalam tabung surau atau masjid atau sedekah sama orang susah. Baki #100 tu, saya halalkan dunia akhirat.
Didoakan agar Allah sentiasa jaga, berkati dan rahmati #Encik Myvi Putih dan keluarga beliau, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, sentiasa dipermudah segala urusan

Pelik!!! Wanita ini sukar tidur jika tidak bersama ini ???
Posted By:
Unknown
on 7:16 PM
Tidak boleh tidur lena tanpa bantal #peluk atau istilah lainnya 'bantal busuk' mungkin perkara biasa dalam kehidupan sebahagian daripada kita.
Namun, bagi wanita, Lori Broady, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk tidur jika tiada bantal peluk. Sebaliknya, dia hanya mahukan pengering rambut beradadi sisinya setiap saat untuk mendapat tidur yang lena.
Pengering rambut biasanya digunakan oleh kaum wanita untuk mengeringkan rambut yang basah. Tetapi bagi Broady yang berasal dari Amerika #Syarikat, alat ini sudah menjadi teman tidurnya sejak dia berUmur lapan tahun lagi.
Menurut Broady, sejak kecil dia sebenarnya qemar bermain dengan alat elektrik tersebut dan ia telah menjadi sebahagian daripada hobinya.
Bermula daripada hobi, lama-kelamaan wanita ini menjadi terlalu #obses terhadap alat pengering rambut. Alat elektrik itu bukan saja harus berada di sampingnya ketika hendak tidur, tapi pada masa yang sama perlu sentiasa dihidupkan dan dihalakan tepat ke arah Broady.
Tambah pelik, alat itu perlu dihidupkan sepanjang malam sehinggalah dia terbangun daripada tidur pada keesokan hari.
Ekoran hobi peliknya itu, suami dan keluarga Broady sentiasa berwaspada kerana bimbang berlaku litar pintas ketika mereka sedang tidur.
Ini berikutan alat pengering rambut biasanya memerlukan kuasa #elektrik yang agak tinggi, 1,200 hingga 1,875 Watt. Justeru, memasang alat dektrik dalam jangka masa lama boleh menyebabkan panas melampau lalu terbakar.
Tapi kenapa Broady berkelakuan aneh seperti itu? Persoalan inilah yang menjadi tanda-tanya di kalangan ahli keluarga Broady.
Tabiat aneh wanita ini kemudian menarik perhatian sebuah program televisyen di Amerika Syarikat. Mereka berminat untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kehidupan aneh Broady.
Rancangan tersebut akhirnya telah disiarkan di televisyen #Amerika Syarikat pada tahun 2010 ketika cuti perayaan Krismas. Berdasarkan rancangan dokudrama berjudul, Entertainment Weekly "Hair Dryer Addiction".
Broady menceritakan kembali bagaimana tingkah laku anehnya itu bermula. Ketika zaman kanak-kanak, Broady mempunyai 10 #orang adik-beradik.
Mereka merupakan keluarga yang sangat bahagia dan sentiasa berkumpul bersama. Selepas berkahwin, dia terpaksa berjauhan dengan #keluarganya dan keadaan itu menyebabkan Broady menjadi sangat sunyi terutamanya pada waktu malam.
Untuk mengatasi perasaan tersebut, cara terbaik yang dipilih oleh Broady ialah dengan menghidupkan alat pengering rambut. Teknik itu sedikit sebanyak mampu menqhilangkan rasa rindu pada keluarganya.
Walaupun telah berkali-kali dinasihati oleh #suami tentang kelakuan peliknya, dia tidak pernah malu dengan hobinya itu malah nekad akan terus melakukannya sehingga dia benar-benar mampu menghilangkan rasa rindunya kepada keluarga.
Menurut Broady, bunyi bising daripada alat #pengering rambut itu seolah-olah satu alunan muzik yang merdu. Dia merasa selesa dan selamat apabila mendengar bunyi hembusan angin alat elektrik itu.
Broady mengakui pernah melecur di bahagian lengan dan kedua-dua dadanya akibat alat pengering rambut yang terlampau panas. Ekoran daripada itu, tabiat peliknya telah mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai.
Kebanyakan daripada mereka berasa aneh melihat gelagat wanita tersebut. Ada sesetengah daripada mereka pula meluahkan rasa terkejut dan mengandaikan perbuatan itu sebagai tidak waras. Ini kerana, belum pernah ada individu di #dunia ini yang menjadikan alat pengering rambut sebagai teman semasa tidur.
Kes-kes seperti ini dikategorikan #sebagai psychological soother.
Kebiasaannya pesakit akan menganggap barang-barang yang menjadi ketagihan mereka sebagai penyelamat.
Bagi kes ini, penggunaan alat pengering rambut telah bertindak sebagai satu cara untuk melegakan ketegangan dan memberi ketenangan kepada #Broady.
Sindrom ketagih ini bukanlah sesuatu yang anomali. #Peliknya di sini kerana pesakit terlalu obses dengan pengering rambut.
Dalam kes sebegini, amat sukar untuk mengubah atau #membetulkan persepsi pesakit.
Cuma sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja kaedah terbaik untuk memulihkan pesakit.
Sadis pelajar ini hanya makan Kulit ayam goreng sebagai bekal makan di sekolah kerana tiada duit
Posted By:
Unknown
on 7:07 PM
Kos #hidup yang semakin meningkat pada hari ini nampaknya sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
Mana tidaknya, gaji #RM3000 dan kebawah sudah dikira sebagai miskin bandar jika korang menetap di bandar raya.
Dek kerana kesempitan inilah, beberapa keperluan asas terpaksa dilupakan demi meneruskan kehidupan.
Ikuti kisah wanita ini yang pada awalnya pergi ke sekolah untuk memberikan duit belanja anaknya namun apa yang di lihat semasa di sekolah tersebut #sungguh menyayat hati.
#Bukan kuih tapi kulit ayam
Kisah yang dikongsi oleh pengguna #Facebook bernama Ct Sarah ini mendapat lebih seribu share oleh netizen.
Pada awalnya dia ke sekolah bagi memberi wang persekolahan anaknya yang tertinggal namun terserempak seorang murid dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
p.s; admin terpaksa edit ayat-ayat yang tunggang-langgang agar lebih lancar dibaca.
Lupa nak bagi duit sekolah anak pagi tadi. pastu lebih kurang pukul 9 lebih terus #chow g sekolah dia nak bagi duit. masa tu wktu budak-budak rehat. tengah tunggu anak kat kantin tiba-tiba terlihat sorang budak yg lalu depan mata.. kecik sangat badannya.. baju seluar kasut semua lusuh, warna kuning n x bergosok. hati dah mula rasa semacam. dia jalan slow jer lihat kiri kanan. pastu hilang dari pandangan.. tercari2 gak la dan mata aku terpaku bila tengok budak tadi duduk atas bangku kantin. tangan dia pegang sesuatu. pastu dia mkn. nmpk cam payah je dia gigit. aku ingat kuih tapi macam pelik jer. aku pegi dekat dia.. tanya apa dia makan.
dia pun tunjuk. masa tu tuhan je tau macamane perasaan aku bila tengok dia cuma makan kulit ayam yang kawan bagi katanya.. aku tanya kenape tak makan benda lain dia jawab ni dah ada makanan. itu yang dia ulang berkali-kali sambil tunjuk kulit ayam. pada aku tu bukan kulit ayam tapi hanya tepung yang makcik kantin buat #goreng ayam.
Tak pernah bawa duit ke sekolah
Kasihan melihat murid tersebut, #wanita berkenaan menghulurkan wang. Murid tersebut bagaimanapun hanya membeli sebatang hotdog
xpuas hati aku tanya lagi knape xbli makanan, dia tunduk. kwn dia jawab dia x pernah bawak duit pun g sekolah. subhanallah terkedu aku. apa dia makan kat rumah pagi tadi. mungkin juga dia boleh mkn RMT pagi kat sekolah. tapi banyak mane sangat. tgh hari x lapar ke dia? time tu jugak mengalir airmata aku. susahnya hidup dia. aku bagi duit suruh dia g beli makanan. aku perhati apa dia beli. nak tau apa?
cuma sebatang hotdog. pastu makcik kantin panggil dia bagi duit lebih. dia amik tp x tengok pun duit tu. mata dia asyik pndang hotdog tu jer smbil berjalan. dari situ aku dah boleh agak dia x pernah beli hotdog tu kot. pastu aku nampk pulak yang sorag lagi budak duduk bergayut je kat palang tempt budak beratur beli makanan. duk #tengok budak lain beli makanan.
Si adik pun tak bawa duit
pastu tiba-tiba #budak tu ambik duit dari yang budak yang aku tolong tadi. aku tanya nape ambik duit orang. budak tu cakap tu abg dia. patut pun. aku tanya x bwk duit jgk ke, dia angguk. mcmane mereka boleh tahan lapar dari pagi sampai petang. sekolah dah la pukul 4.30 baru habis.. kite rasa kite dah cukup susah tapi orang lain lagi susah dari kite kan. dah la makanan kat kantin sekarang mahal. air jer dah 50sen. nasi pula antara rm1-rm2. mcmane mereka nak makan kalau seringgit pun mereka x mampu bawa?
hari ini mgkn aku dpt tolong tapi mcmane hari-hari mereka yang akan datang? bersyukurlah kite dgn apa yg kite ada sebab apa yg kite miliki xsmua org lain boleh miliki. tapi apapun masih terbayang muka budak tu.. dia cakap nama dia haikal drjah 1. abang dia darjah 3.. moga Allah permudahkan hidup mereka dan dimurahkan #rezeki.
Kalaulah kita rajin memerhati dan lebih prihatin, nun dipelusuk sana masih ramai sebenarnya rakyat dinegara ini yang kais pagi #makan pagi.
Masih ramai yang baginya nilai RM1 itu sama nilainya dengan RM2.6 bilion..~SP

Inilah Manusia yang paling Bodoh..Tuhan dah jadikan manusia dia ubah nak jadi Anjing
Posted By:
Unknown
on 6:24 PM
seorang lelaki yang opsesi dengan anjing #membuat satu pembedahan wajah menyerupai anjing,lelaki asal berasil ini mendapat perhatian ramai seawal #tahun 2011 selepas membuat pembedahan....
Berikut gambar sekitar pembedahan #wajah manusia jadi anjing.
Berikut gambar sekitar pembedahan #wajah manusia jadi anjing.
Video Anak meleteri ibunya “Jika saya boleh jadi baik, saya rasa semua kita boleh jadi baik juga"
Posted By:
Unknown
on 6:09 PM
Dalam video sepanjang tiga minit seorang kanak-kanak #perempuan berusia enam tahun yang memberi ‘syarahan’ kepada ibunya supaya berbaik-baik dengan bapanya selepas pasangan itu bercerai, menarik perhatian ramai apabila ia ditonton enam juta kali sejak dimuat naik Rabu lalu.
Cherish Sherry, dari Surrey, #Canada, memuat naik rakaman ‘syarahan’ anaknya itu, Tiana, 6, ke Facebook.
Selepas Sherry dan bekas suaminya (bapa Tiana) bertengkar, Tiana menarik ibunya masuk ke dalam rumah dan ketika duduk di atas tangga, dia menasihatkan ibunya #supaya berbaik-baik dengan bapanya.
“Ibu sudah bersedia nak jadi kawan dia,” kata Tiana memulakan ‘syarahannya’.
Ibunya menjawab, ‘ya’ dan Tiana berkata “Cuba jangan terlalu angkuh untuk berkawan. Cuba yang terbaik.
“Saya tidak mahu ibu dan bapa saya diganti dan bergaduh lagi. Saya mahu ibu dan bapa saya jadi kawan.
“Saya hanya mahu semua orang jadi kawan.
“Jika saya boleh jadi baik, saya rasa semua kita boleh jadi baik juga.
“Saya mahu ibu, bapa saya, semua orang jadi kawan. Saya mahu semua orang senyum.” katanya.
Pada hujung leterannya, ibunya berkata, ‘Terima kasih Tiana,’ dan mereka berpelukan
(Wajib Tahu) Cara Betul mengerjakan Solat Jamak dari JAKIM
Posted By:
Unknown
on 7:51 AM
Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (R&R), kita biasa nampak tatacara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. #Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu #JAKIM.
Apa itu solat jamak?
Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat #Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat #Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Apakah syarat solat jamak?
Untuk solat jamak taqdim:
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii. Hendaklah niat Jama’ #Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Untuk solat jamak taakhir:
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?
Untuk jamak taqdim:
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu #Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
Untuk jamak taakhir:
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
Akhir kata
Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir. Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.
Siapa tahu kemanakah Ultraman Terbang selepas menang bertarung ???
Posted By:
Unknown
on 7:09 AM
Kemanakah Ultraman Terbang Setelah #Bertempur ?
Beruntunglah bagi kanak-kanak yang membesar (bukan lahir) di zaman 90-an, selain dari lagu rock kapak dan bermain dengan beberapa permainan yang kian pupus, siri animasi juga begitu unik dan boleh dikatakan terbaik sepanjang zaman. Salah satu dari beratus #cereka dan animasi pada tahun-tahun 90-an adalah Ultraman.
Kanak-kanak sekarang memang dapat menyaksikan animasi ultraman ini, namun mereka tidak akan kenal dengan ultraman seven, ultraman taro dan ultraman #joe apa lagi datuk nenek ultra ini.
Zaman kanak-kanak adalah zaman kejujuran meskipun sesuatu berlaku berulang-ulang atau cliche namun ultraman akan menjadi bahan bergaduh dengan #abang yang sudah besar berebut televisyen. Cliche cerita ultraman agak ringkas, raksasa muncul, bandar kadbod #hancur, askar bertukar, datang ultraman, ultraman lemah (bunyi tit tit tit), ultraman fire dan terus pulang.
Namun ke Manakah Ultraman Terbang ?
Secara astronominya, ultraman tidak #tinggal di bulan mahupun marikh. Ultraman mempunyai kehidupan dan kerajaan sendiri mereka. Dengan kehidupan yang agak bisu, kerajaan ultraman berada nun jauh di gugusan bintang yang diberi nama #Nebula M78. Penempatan ultraman ini juga dikenali sebagai 'Land of Light' dalam bahasa jepun 'Hikari No Kuni'.
Ada juga #penduduk disana (khayalan pereka animasi) menamakan sebagai 'Urutora No Hoshi'iaitu 'The star of ultra' atau senang diingat sebagai Planet Ultra.
Geografi Planet Ultra
Planet Ultra adalah seperti kaca, yang #diselaputi kristal hijau. Kebanyakkan 'tanah'nya dipenuhi kristal bersinar bewarna hijau. Memiliki saiz enam kali ganda dari planet bumi, dikelilingi daratan terapung di mana setiap tanah terapung dimiliki oleh ultraman mengikut kategori dan hierarki tersendiri. Seumpama terdapat galaksi yang lain di dalam galaksi. Sebagaimana sistem suria kita, planet-planet ini akan berada di sekitar 'matahari' atau 'bintang' di nebula itu sendiri yang diberi nama 'plasma spark'.
Plasma Spark Tower
Plasma spark ini terbentuk seperti menara dimana merupakan sumber cahaya yang menyinari seluruh planet ultra dan juga 'power bank' yang besar apabila #ultraman yang sudah keletihan dan hampir kehabisan tenaga untuk mengembalikan kembali kuasanya. Mungkin suatu hari nanti pihak research and development plasma spark akan mencipta tabung power bank kuasa supaya apabila ultraman keletihan dan lampu di dada berkelip maka mereka akan mengecas kembali tanpa perlu pulang ke nebula M78.
Kuasa dari menara plasma spark ini amat luar biasa kuatnya, sehinggakan jika plasma tersebut dihapuskan maka planet ultra akan membeku dan akan pupus ultraman. Hanya ultraman yang mampu menggunakan kuasa dari plasma spark, bagi #organisma selain mereka amat mustahil untuk menggunakannya.
Mungkin akan ada suatu cerita di mana decepticon dari transformers akan cuba menawan planet ultra untuk memiliki plasma spark. Maka bergaduhlah ultraman dan transformers.
anda fikir anda tahu Kemanakah Ultraman #Terbang Setelah Bertempur ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
Inilah 10 perkara dalam mengerjakan Solat yang sering dilakukan tanpa disedari terutama yang ke-4
Posted By:
Unknown
on 6:45 AM
10 Kesalahan #Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari
1. Tidak berdiri lurus
– Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! #Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah.
– Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia #WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
3. Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah
– Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca #Al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud
– Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang #mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” “Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” [HR Ahmad]
5. Sujud yang tidak sempurna
Anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. #7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” [Muttafaqun ‘Alaih]
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang #salah
– Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat
– Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal
-Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal #selepas rukuk
10. Dada #berpaling dari kiblat
P/s: Kalau ada yang nak tambah, silakan. Sebab saya sendiri pun cetek ilmu. Jika ada sebarang kesilapan, mohon betulkan ye. Selamat Beramal!

Kalau Manusia Allah jadikan daripada tanah, haiwan dijadikan dengan...??
Posted By:
Unknown
on 6:17 AM
Haiwan yang ada dimuka bumi ini terdapat beberapa ketegori seperti haiwan kesayangan (kucing dan anjing), Haiwan Ternakan (Lembu Kerbau Kambing), #Haiwan buas (Harimau buaya dll) dan sebagainya. Tapi pernah tidak kita terfikir, haiwan Allah jadikan dari apa? Kalau Manusia Allah jadikan daripada tanah. Adakah dari tanah juga?
Kita merujuk kepada sepotong ayat Al-Quran
" Dan Allah menciptakan tiap tiap haiwan #bergerak itu daripada air ; maka sebahagian di anatara mereka mnejalar atas perut nya, dan sebahagiannya berjalan dengan 2 kaki, sebahagianya daripada 4 kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang ia #kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu."
Surah An Nur ayat 45
Dan terjawablah bahawa Allah jadikan haiwan daripada AIR
Dan juga Tumbuhan dibuat daripada air #dan merujuk kepada sepotong ayat Al-Quran
" Dia yang menjadikan bumi ini untuk akmu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan turunkan-Nya air hujan dari langit, lalu keluarkan-Nya dengan air itu berjenis jenis buah buahan yang menjadi rezeki bagi kamu ; maka janganlah kamu mengadakan bagi #Allah, sebarang sekutu, padahal kau semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuahn Yang Maha Esa) "
Surah Al-Baqarah ayat 22
sumber dari Majalah Al-Islam Okt 2015
16 Ciri Suami terbaik yang patut semua contohi terutama yang ke 14
Posted By:
Unknown
on 5:44 AM
CIRI SUAMI TERBAIK
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, #boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda #EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. #Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun #setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus & hati baik, tak menipu. Tadelah #sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. #Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehem. Ramainya kawan laki kat opis. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang #belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam, tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Pergi ke masjid, paling kurang pun dalam #sehari tu 2 kali pada waktu Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di #masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau #isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
16. Jenis senyum #sokmo.
Kredit : Facebook UAI
"Amin" selepas bacaan Al Fatihah yang WAJIB semua umat islam faham
Posted By:
Unknown
on 5:34 AM
Soalan : Apakah maksud ‘#Aamin’ (آمين) dan adakah ia daripada surah al-Fatihah?
Jawapan:
‘Aamin’ bermaksud: #Perkenankanlah. Ia adalah kalimah doa yang bukan daripada al-Quran al-Karim dengan ijma’. Ini berdasarkan kepada dalil bahawa ia tidak ditulis dalam mushaf. Ibn al-Anbari bersetuju dengan pendapat di atas, katanya: Aamin adalah termasuk kumpulan 'isim fi'il' iaitu kata nama yang membawa maksud perbuatan. Ia bermaksud: “Ya Allah, perkenankanlah doa kami.” Cara menyebutnya ada dua cara yang masyhur, sama ada dibaca dengan pendekأمين atas wazan فعيل atau dibaca secara panjang iaitu آمين atas wazan فاعل .
Antara amalan sunnah selepas #membaca al-Fatihah ialah membaca Aamin. Ia berdasarkan hadis Wail bin Hujr RA daripada Rasulullah SAW yang menyuruh dibaca panjang Aamin. Riwayat Ahmad (no: 18842), Abu Daud (no: 933) dan al-Tirmizi (no: 248). Kata Tirmizi, "Hadith hasan". Dinilai sahih oleh Ibn Hibban (no: 1805).
Dalam hadis Abi Musa al-Asy’ari, sabda Rasulullah SAW yang:
Apabila selesai membaca ayat akhir al-Fatihah, #maka sebutlah Aamin nescaya diterima Allah SWT bagimu.
Riwayat Muslim (no: 404)
Kelebihannya jelas berdasarkan hadis Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu #aminkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aminnya dengan amin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.
Riwayat al-Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410)
Makna perkataan Amin
Mengikut ulama, aamin diertikan dengan ‘Ya Allah, terimalah doa kami.’ Inilah pendapat al-Hasan dan al-Zajjaj. Ianya boleh dibaca sama ada panjang atau pendek mengikut bahasa Arab. Al-Hafiz al-Munziri berkata: Dikatakan bahawa Aamin merupakan satu nama daripada nama-nama Allah SWT. Inilah juga pendapat Mujahid, Hilal bin Yasaf dan Ja’far bin Muhammad. Ada pendapat menyatakan maksud aamin ialah begitulah yang diharap, seperti yang dihikayatkan daripada Ibn al-Anbari daripada Ibn Abbas dan al-Hasan. Ulama-ulama nahu menyatakan aamin sebagai isim fi’il (kata nama perbuatan). Perkataan Aamin bukan daripada al-Quran secara ijmak. #Justeru disunatkan memisahkan antaranya dengan akhir surah al-Fatihah dengan berhenti seketika.
Sunat Amin pada Setiap Doa
Mengikut riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan daripada Abi Zuhair al-Numairi (seorang sahabat Rasulullah SAW), beliau telah mengucapkan satu ucapan yang baik. Apabila salah seorang mereka berdoa, lalu dia berkata: “Khatamlah doamu dengan aamin kerana aamin seperti cop di atas surat.”
Kemudian beliau menceritakan bahawa Nabi SAW berkata kepada seseorang yang berdoa:
Khatamlah (doamu) dengan Aamin, dan terimalah berita gembira!
Riwayat Abu Daud (no: 939).
Di dalam hadis Anas RA: “Sesiapa yang mengkhatamkan bacaan Fatihah dengan aamin, nescaya tidak kekal di langit malaikat yang hampir kecuali meminta keampunan untuknya.” Di dalam hadith Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Aamin adalah cop Tuhan sekalian alam di atas lisan hamba-hambanya yang beriman.
Riwayat al-Tabarani dalam al-Du'aa (no: 202).
Al-Allamah al-Munawi dalam syarah hadis ini berkata: Aamin mencegah doa daripada rosak dan ditolak, seperti metri di atas satu surat menegah daripada dizahirkan ke tangan orang yang tidak layak. Orang-orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan doa, kesemua mereka mendapat bahagian daripada doa. Inilah yang diriwayatkan daripada Ikrimah dalam tafsiran ayat 89 surah Yunus, katanya: “Musa berdoa dan Harun mengaminkannya. Maka itulah yang disebut dalam ayat, dan telah diperkenankan doa kamu berdua.” Riwayat al-Tabari dalam tafsirnya (15/185).
Meskipun yang berdoa ialah Nabi Musa, tetapi dinisbahkan doa kepada kedua-duanya kerana orang yang mengaminkan doa juga dikira orang yang berdoa.
Penulis menutup kenyataan ini dengan nukilan Saidina Ali RA, yang berkata: ‘Amin adalah cop mohor Tuhan untuk menyeru sekalian alam, sebagai penutup doa hamba-Nya’, iaitu penerangan mengenai ucapan ‘amin’ seumpama suatu cop surat rasmi yang telah ditutup dan cop tersebut dapat menghalang seseorang daripada membuka atau membuat sesuatu perlakuan pada surat itu. Manakala bagi orang yang berdoa pula dengan ucapan itu, akan dapat menghalang sebarang kegagalan.
Akhukum Fillah....
Kredit: muftiwp.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)